Saturday 14 January 2012

PENGENALAN

Apa itu CUKAI. Kebanyakkan kita melalui bahasa mudah iaitu duit atau liabiliti yang perlu ditanggung dan dibayar kepada pihak Kerajaan atas pendapatan. Lain-lain orang , lain-lain jawapannya.



Terdapat berbagai jenis Cukai yang ada di Malaysia. Antaranya adalah CUKAI PENDAPATAN, CUKAI PERNIAGAAN, CUKAI HARTA, CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN dan sebagainya.

Cukai merupakan sumber hasil yang terbesar negara. Cukai boleh dibahagikan kepada 2 jenis :

1. Cukai Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan atau dipindahkan oleh pembayar kepada orang lain.

2. Cukai Tak Langsung – merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan dan pindahkan sepenuh atau sebahagianya kepada orang lain.

Bagi Cukai Pendapatan merupakan Cukai yang dikenakan ke atas individu yang melakukan kegiatan pengajian atau komersial atau kedua-duanya sekali.




DEFINISI CUKAI:

A. Cukai

Pendapatan merupakan sejenis cukai yang dikenakan keatas :

Pendapatan yang diperolehi daripada Pengajian yang dilakukan oleh seseorang individu.
Keuntung an atau laba yang diperol ehi daripada aktiviti komersial yang dilakukan oleh seseorang Individu
Keuntungan atau laba yang diperolehi daripada aktiviti komersial yang dilakukan oleh sesuatu entiti.

Pendapatan Boleh Dikenakan Cukai pada dasarnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperolehi, termasuk pendapatan:
Perniagaan atau Profesion (Seksyen 4A) - Cukai keatas Perniagaan samada Syarikat Sdn. Bhd, Berhad, Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian, Koperasi dan sebagainya.
Pengajian (Seksyen 4B) - Cukai atas Pengajian yang diperolehi.
Dividen, Faedah & Diskaun (Seksyen 4C) - Pendapatan yang diperolehi melalui Dividen, Faedah dan Diskuan yang diterima.
Sewa, Royalti & Premium (Seksyen 4D) - Pendapatan yang diperolehi melalui penyewaan, royalty dan premium.

B. Cukai Harta

Cukai Harta ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan harta. Juga dikenali sebagai Cukai Taksiran atau Cukai Pintu. Antaranya seperti :
Rumah Kediaman
Harta Perusahan Kilang
Harta Komersil (Kedai, Hotel, Kompleks dsb.)
Tanah Pertanian
Tanah Kosong

C. Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran. Ianya dik enakan ke atas semua barang dan perkhidmatan termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan. GST mempunyai satu mekanisme yang membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan secara automatik. Tuntutan adalah dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung dengan cukai output yang dipungut.

D. Cukai Pendapatan Petroleum

Cukai ini dikenakan terhadap semua syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia.

E. Cukai Keuntungan Hartanah

Cukai ini dikenakan apabila sesuatu harta dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga beliannya.

No comments:

Post a Comment