Tuesday 6 March 2012

CUKAI

Bagi perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian, mereka perlu tutup akan Penyata Kewangan pada setiap 31 Disember.

Melalui Penyata Kewangan yang telah disediakan, bagi Pemilik perniagaan Milikan Tunggal akan mengisi borang Cukai iaitu Borang B manakala Perkongsian akan mengisi Borang P.

Antara pekara penting yang terdapat didalam Borang BE dan Borang P adalah :
  • Keuntungan atau Kerugian Perniagaan
  • Keuntungan atau Kerugian Perniagaan Perkongsian (Selepas Pembahagian)
  • Kerugian Perniagaan tahun selepas (sekiranya ada)
  • Pengajian – Bagi mereka yang berkerja lain tapi pada masa yang sama berniaga
  • Lain-lain Pendapatan
  • Pelepasan dan pemotongan


Maklumat megenai Penyata Kewangan juga perlu diisi di dalam Borang B atau Borang P. Antaranya Jualan, Belian, Stok, Susutnilai, Belanja-belanja, Aset Semasa, Aset Tetap, Liabiliti dan Modal. Borang ini juga melampirkan kertas kerja bagi melaraskan Keuntungan atau Kerugian perniagaan (Adjusted Income).

Terdapat item Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan di mana ianya perlu dicampur semula dalam penghasilan Pendapatan Dilaraskan.

Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan adalah:
  • Susutnilai, Gaji, elaun, bonus, EPF Pemilik Perniagaan
  • Denda dan kompaun
  • Peruntukkan Hutang Ragu
  • Yuran Guaman (Not Business in Nature) dsb.

Selepas pengiran dibuat, maka individu tersebut akan mengetahui akan berapa jumlah cukai yang dikenakan (sekiranya ada). Jumlah yang terakhir didalam pengiraan seperti Borang B dinamakan Pendapatan Bercukai. Disini kita akan merujuk Jadual Kadar Cukai mengenai berapa jumlah Cukai yang dikenakan.. Sebagai contoh Pendapatan Bercukai adalah RM70,000, berdasarkan Jadual Kadar Cukai adalah RM7,125 (Tahun Taksiran 2011).

No comments:

Post a Comment